Rakyat Sudah Muak Perebutan Jawatan PM Di Dalam Pakatan Harapan


Rakyat kini telah muak dengan soal perebutan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang termasuk PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan :   "Allah akan beri kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,  kadangkala kita calon orang ini, ia belum tentu akan jadi (pemimpin) ... mungkin sampai ajal dan sebagainya."

PAS lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri, katanya mengulas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung calon perdana menteri pilihan PAS.

Menurut Tuan Ibrahim, isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Fastaqim 2.3 Himpunan 12,000 Jentera PAS Pahang di Kompleks Al Makmur, Kerdau di sini kelmarin.

Turut hadir termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.

Baru-baru ini,  Dr Mahathir yang  masih ghariah dengan pencalonnnya sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan mempersoalkan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr Mahathir perkara itu penting untuk dinyatakan kerana ia akan menggambarkan sama ada parti itu boleh menang atau tidak dan sama ada calon mereka akan mendapat sokongan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Perebutan jawatan Perdana Menteri Ke- 7  bermula setelah Kongres Naisional PKR menamakan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu Dr. Mahathir pula menwarkan dirinya untuk jawatan itu bagi tempoh tertentu jika tiada calon lain yang layak.

Selepas Mahathir diumumkan calon Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan 7 Januari lalu beberapa protes kedengaran daripada PKR Selangor, pemimpin DAP dan PPBM sendiri. 

Dr. Mahathir yang tidak senang dengan perkara itu kemudian meminta PKR Selangor menamakan calon alternatif siapa yang perlu dicalonkan bagi menggantikan  beliau. - Kedahnews.com.



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com