Rakam Gambar Perkahwinan Ketika Cuaca Bawah Paras Beku


ONTARIO, Kanada – Sepasang pengantin sanggup menahan keadaan cuaca sejuk melampau apabila mahu mengabadikan gambar perkahwinan mereka di kawasan air terjun Niagara di sini yang kini sedang membeku.

Jonathan Czitkovics dan isterinya Yvonne Chen telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Thailand, namun Czitkovics membuat keputusan untuk merakam gambar perkahwinan di sini memandangkan dia berasal dari Montreal, Kanada.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan mereka merakam gambar perkahwinan di kawasan air terjun Niagara yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia pada 3 Januari lalu.

Czitkovics hanya mengenakan sut hitam, manakala Chen pula memakai gaun berwarna merah yang terbuka pada bahagian atas ketika suhu mencecah -6 darjah Celsius.

Pasangan itu dikatakan tidak memilih khidmat jurugambar perkahwinan sebaliknya merakam gambar sendiri dengan menetap masa pada sebuah kamera digital.

Sumber– Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com