Pra Musim Liga Malaysia : Kedah Tewaskan Pulau Pinang


BATU KAWAN - Kedah menewaskan Pulau Pinang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Negeri di sini semalam.

Bagaimanapun tuan rumah, Pulau Pinang terlebih dahulu mengejutkan pelawat menerusi jaringan Mohd. Alafi Mahmud pada minit ke -12.

Perlawanan bertambah rancak apabila pemain muda pasukan pelawat, Akmal Azmi menyamakan kedudukan enam mini berselang.

Memasuki babak kedua, sorakan lebih 10,000 penyokong kedua - dua bergema apabila penyerang import baharu Kedah , Pablo Pallares menjaringkan gol pada minit ke 73.

 Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com