PPBM Sukar Menang, Hanya Dapat Kerusi Gred C - Ibrahim Ali


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diperuntukkan 52 kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU14 dijangka sukar untuk menandingi kekuatan Barisan Nasional di kawasan majroiti Melayu.

Sebaliknya pengagihan kerusi Parlimen oleh Pakatan Harapan Ahad lalu akan memberi kelebihan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan  DAP yang masing-masing diberi 51 dan 35 kerusi.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata PKR yang mendapat 51 kerusi mempunyai peluang untuk menang berbanding 52 kerusi yang diberi kepada PPBM.

Menurutnya, DAP akan  terus berada dalam keadaan selesa walaupun mendapat 35 kerusi di Semenajung yang keseluruhan kawasan itu berpotensi untuk menang besar.

“Kerusi yang dipertandingkan oleh PKR adalah kerusi yang ada kemungkinan untuk menang. Dari segi taburan pengundi di kawasan mereka, Melayu 60 peratus dan bukan Melayu 40 peratus.

“PPBM dapat 52 kerusi. Dari segi parti baharu dapat banyak (kerusi) kira baguslah. Bila saya teliti dan kaji, ia lebih kurang kerusi gred C. Kerusi yang bolehlah nak bertanding,tapi tak mudah untuk menang.

“Ini kerana banyak kerusi PPBM itu adalah kawasan dimenangi Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media semalam.

Ibrahim yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas menyatakan DAP mendapat kerusi yang kekal menang dan dijangka boleh menang semua kerusi seperti Parlimen Bukit Bintang, Seputih, Batu, Segambut dan Petaling Jaya Utara.

“Walaupun MCA dan Gerakan dilihat sudah ‘bersatu’, pada saya parti ini banyak bergantung kepada pengundi Melayu. Mereka tidak berpeluang besar untuk menang seperti DAP,” katanya lagi.
Selain di Semanjung DAP juga dijangka meletakkan 20 calonnya di Sabah dan Sarawak dan ini bermakna parti itu terus dominandalam Pakata Harapan. 

DAP semalam juga turut memberi amaran kepada Parti Amanah Negara kerana mempertikaikan keputusan Pakatan Harapan yang memberikan parti itu 27 kerusi Parlimen sahaja pada PRU14. 

PAN yang ditubuhkan atas sokongan DAP bagi memecahkan undi umat Islam dalam PAS bagaimanapun meminta pakatan membuat agihan semula kerusi kepada parti itu setelah beberapa pemimpin negeri dan bahagian itu menyuarakan seperti dianaktirikan.

Ramai pemimpin PAN tidak puas hati kerana PPBM  yang datang kemudian diberikan 52 kerusi Parlimen walaupun parti pimpinan Dr. Mahathir itu juga menghadapi masalah dalaman dan belum mempunyai cawangan berdaftar sementara ramai pemimpin di bahagian dan pusat bertindak keluar parti - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com