PPBM, PKR 'Bolot' Kerusi Parlimen,Tidak Yakin PAN Menang?


Pengagihan kerusi menimbulkan rasa tidak puas hati perwakilan Parti Amanah Negara (PAN) dari Johor hingga mereka memboikot konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu.

PAN negeri hanya mendapat dua kerusi Parlimen iaitu Parit Sulong dan Pulai walaupun mereka memohon lima kerusi Parlimen. Nampak benar DAP dan PPBM mahu membolot kerusi di negeri yang menjadi sasaran parti pimpinan Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

Sekalipun PAN Johor akan dibincangkan dalam mesyuarat mereka ia tidak akan didengari oleh pemimpin tertinggi PAN apatah lagi pemimpin Pakatan Harapan.

Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap, PAN adalah sebuah parti kecil yang sebenarnya tiada sebarang fungsi kepada PH.

Oleh sebab itu juga PAN terpaksa mengalah dengan memberikan lebih banyak kerusi kepada PPBM, PKR dan DAP sekaligus ia menimbulkan kemarahan kepada ahli PAN di Johor.

“PAN sangat tidak kuat sebab mereka sangat kecil, memang tiada pengaruh dan tiada kesan langsung jika mereka keluar dari PH sekalipun, bila diugut untuk tidak datang ke konvensyen semalam pun mereka tidak hairan, pemimpin mereka Salahuddin Ayub sendiri kata mereka itu jumlah yang sedikit.

“Siapa yang nak peduli sangat dengan suara akar umbi seperti protes mereka untuk tidak hadir semalam ke konvensyen PH semalam?” soalnya yang dilaporkan  BNBBC.my portal, semalam pada Isnin.

PAN Johor yang memboikot Konvensyen PH 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam kerana mahu lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Turut menyuarakan protes yang sama ialah pemimpin PAN negeri Perak.

Tambah Anuar lagi, PAN juga perlu sedar diri yang mereka bukan lagi berada dalam PAS seperti dulu yang boleh mengharapkan agar parti lain patuh dan taat dengan setiap kehendak mereka.
“Dulu masa dalam PAS boleh lah nak berlagak.

“Tengok jumlah kerusi yang mereka peroleh pun jelas yang PAN tak dapat kepercayaan PH untuk menjaga pengundi Melayu,” ujarnya lagi.

Sementara itu Pemuda PAN Kelantan turut menyuarakan kecewa kerana parti itu hanya diberikan 27 kerusi Parlimen untuk bertanding pada kali pertama pada PRU-14.

Ketuanya, Hazmi Hassan menyatakan, pengagihan kerusi itu tidak boleh dianggap sebagai satu berita yang memuaskan hati penyokong pakatan pembangkang khususnya PAN.

"Kami agak kecewa dengan bilangan kerusi yang diumumkan itu dan tidak dinafikan ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Ahad lalu PH mengumumkan PPBM akan bertanding sebanyak 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan PAN hanya 27 kerusi sahaja.

Pencapaian keputusan tertinggi PAS memenangi kerusi Parlimen dalam sejarah  pilihanraya sejak 1959 ialah pada tahun 1999.

Pada PRU 1999,  PAS memperolehi 27 kerusi selepas Allahyarham Presiden PAS Datuk  Fadzil Noor bersetuju Datuk Seri Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika menang pilihanraya umum pada ketika itu.

PAS ketika itu menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menarik simpati rakyat berikutan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan penahanan pemimpin reformasi itu.  

PAN dan PPBM adalah dua parti serpihan dan juga baharu.Walaupun PPBM dapat banyak kerusi, belum tentu ia akan menang apatah lagi dalam saingan tiga penjuru. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com