PPBM Khianati Penyokongnya Jika Bawa Calon "Payung Terjun" Tanding Di Kedah


Ura-ura Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membawa calon payung terjun bertanding  di negeri Kedah membuktikan parti yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu ketandusan calon tempatan.

Ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang lebih mengutamakan calon setempat kerana mereka lebih memahami kehendak rakyat di sesuatu kawasan dan bukannya calon luar.

"Pemimpin-pemimpin PPBM di Parlimen sudah tentu nak jadi calon, tapi saya difahamkan calon mereka akan dibawa dari luar kawasan.

Kalau itulah yang akan dilakukan maka mereka tidak hargai tokoh tempatan yang turut bersama mereka," kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

PPBM dikatakan akan membawa calon luar ke Kedah untuk bertanding di kawasan Parlimen dan DUN di negeri ini pada Pililhan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata pemimpin Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PPBM, DAP, PKR dan PAN mula menunjukkan belang apabila lebih memetingkan agenda peribadi asing-masing bila PRU semakin hampir.

Di samping merebut lebih banyak kerusi untuk ditandingi, parti-parti itu  juga sudah 'berebut' jawatan Perdana Menteri hingga melupakan perjuangan untuk membela rakyat seperti yang dilaungkan.

Ini temasuk pengakuan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang menyatakan ada menyimpan hasrat menjadi pemimpin, kata Ahmad Bashah di Taman Wira Mergong baru- baru ini.

Menurut beliau agenda sebenar Dr Mahathir ini adalah untuk menaikkan anaknya sebab itu beliau beria-ia untuk menubuhkan parti dan meletakkan dirinyasebagai pengerusi Pakatan Harapan, sekaligus memudahkan hasrat beliau untuk jadi Perdana Menteri.

 "Sebenarnya suatu hari nanti dia berhasrat sangat mahu menjadikan Mukhriz sebagai PM," katanya.

Mukhriz ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah saksi di Mahkamah Tinggi baru-baru ini menyatakan , bahawa setiap ahli politik, seperti beliau sendiri menyimpan hasrat untuk menjadi pemimpin termasuklah sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun hasrat Dr. Mahathir itu tidak mungkin tercapai jika beliau menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka akan bebaskan Jun akan datang. 

Pakatan Harapan mencadangkan jawatan Perdana Menteri tidak lebih dua penggal (10 tahun) jika parti itu mengambil alih kuasa. Perkara itu dinyatakan oleh Mukhriz baru-baru ini.

Jika itu yang berlaku Dr. Mahathir mungkin tidak akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar walaupun ia 'berjanji' untuk berbuat demikian.

Mukhriz juga mungkin terhalang daripada memegang jawatan Perdana Menteri kerana PKR Selangor tidak bersetuju dengan pencalonan bapanya,  Dr. Mahathir (sebagai Perdana Menteri).

PKR Selangor  mahu Timbalan Presiden mereka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga berada di kerusi Perdana Menteri selepas Mahathir atau Anwar..

Baru-baru ini Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Dr. Mahathir untuk bertanding di kawasan itu pada PRU14.

Bagaimanapun pelawaan Azmin  dilihat sebagai 'taktik kotor' PKR untuk menyekat bekas Perdana Menteri itu daripada kembali berkuasa.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com