PPBM Bantah Agihan Kerusi DUN N. Sembilan : " Boikot, Boikot, Mana Hak Kami, Tak Adil"


Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan  kecoh selepas sekumpulan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membantah pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Kira-kira 40 ahli tersebut menimbulkan kekecohan dengan membuat bising pada penghujung ucapan Presiden pakatan itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada  konvensyen yang berlangsung di sebuah hotel, di Seremban hari ini.

Wan Azizah turut diiringi keluar dewan untuk menjaga kesematannya.

Mereka melaungkan perkataan ‘boikot’berkali-kali, ‘mana hak kami’ dan ‘tak adil’ ekoran tidak puas hati kerana PPBM mendapat hanya enam kerusi DUN di negeri ini.

Terdahulu dalam konvensyen itu, Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan PKR akan bertanding di 12 kerusi, DAP (11), PAN (tujuh) dan PPBM (enam).

Kekecohan berlarutan apabila kumpulan itu berarak ke pentas utama yang menempatkan beberapa pemimpin utama pembangkang antaranya Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, mereka kemudian ditenangkan oleh Mukhriz yang membuat penjelasan mengenai formula pembahagian kerusi pakatan dan meminta mereka menerima keputusan yang dibuat.

Berdasarkan pengagihan ternyata kerusi DUN di negeri sembilan dibolot oleh PKR dan DAP.

PAN dan PPBM terpaksa menerima hakikat bahawa kedua-dua parti tersebut ada parti baharu dan belum terbukti lagi untuk memenangi jika diberi lebih banyak kerusi.

Perbalahan akibat pembahagian kerusi DUN yang didakwa tidak adil oleh penyokong PPBM dijangka menjejaskan  Pakatan Harapan untuk menawan Negeri Sembilan. - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com