Polis Sabah Nafi Kes Budak Kena Potong Kepala


KOTA KINABALU - Polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menyebarkan berita kononnya penduduk menemui dua budak dengan kepala serta kaki dan tangannya dipotong, selain kehilangan organ dalam badan di Kampung Longgom, Kudat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata kes itu palsu dan sengaja disebarkan pihak tertentu.

Beliau berkata tindakan menyebarkan maklumat palsu di media sosial adalah salah di segi undang-undang selain menggusarkan orang ramai.

Katanya polis sedang memantau perbuatan itu.

"Polis sedang menjalankan siasatan ke atas penyebaran maklumat palsu ini dan akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit.

"Bagi mereka yang menerima kiriman melalui Facebook dan WhatsApp mengenai isu yang tidak benar ini, diminta tidak menyebarkannya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Ramli berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu menyebarkan khabar angin dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

"Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com