Polis Dikecam Hina Vegan Kerana Muatnaik Gambar Daging


HANYA kerana memuatnaik gambar sarapan pagi berupa telur dan daging, pegawai polis di Wales telah dikecam.

Mereka dikatakan menghina golongan vegan, iaitu golongan yang hanya makan makanan yang berasal dari tanaman, biji-bijian, buah-buahan dan mengecualikan semua haiwan dalam gaya hidup mereka.

Gambar itu dimuatnaik dalam twitter pasukan polis pencegahan jenayah Utara Wales. Ia sebagai memberikan sokongan kepada penternak dan kempen sarapan pagi Farmers’ Union of Wales (FUW).

Ia juga bagi menggalakkan penternak bersatu demi memastikan kempen berkenaan berjalan lancar. Pasukan polis di situ memang dipuji kerana menjadikan media sosial sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran ramai mengenai jenayah.

Namun muatnaik gambar berkenaan telah mencetuskan kemarahan golongan vegan.

“Bercakap bagi pihak pembayar cukai saya lebih suka jika mereka kurang memilih ketika menjawab soalan dan mungkin mereka tidak sepatutnya memuatnaik gambar yang boleh menghina golongan vegan,’’ demikian antara komen marah yang diterima daripada netizen.

Susulan kecaman yang diterima itu, pasukan polis berkenaan tidak lagi menjawab komen-komen berhubung sokongan kepada penternak.

Namun ketua pasukan polis itu, Rob Taylor menafikan keputusan tidak menjawab komen terbabit bukan disebabkan isu melibatkan vegan tersebut tetapi disebabkan pertambahan soalan yang dikemukakan netizen dalam media sosial.

“Setiap bulan kami berinteraksi dengan sejuta soalan tetapi sejak Ogos, ia mempunyai 1.9 juta. Kami tidak boleh menjawab semua soalan kerana ia memerlukan komitmen yang besar,’’ katanya.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com