Polis Dedah Majlis Kerabat Kedah Sudah Tidak Sah


ALOR SETAR - Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mendedahkan bahawa Majlis Kerabat Kedah atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Kerabat Diraja Kedah sudah tidak wujud di negeri ini.

Menurutnya, Majlis Kerabat Diraja Kedah adalah tidak sah daripada segi undang-undang kerana pendaftaran majlis itu telah dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah.

Beliau berkata pada sidang media di IPD Kuala Muda di sini, kelmarin.

Jelasnya, majlis berkenaan telah dibatalkan pendaftarannya pada 5 Mac tahun lepas menerusi Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966.

Pembatalan itu dikatakan atas sebab setiausahanya gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Justeru, beliau berkata pihak tertentu diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan nama majlis itu lagi selepas ini bagi tujuan kepentingan diri. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com