Pokok Durian Rendang Petik Guna Gunting Saja... Spesis Apakah?


TIDAK kira di mana, sesiapa saja pasti menggemari durian yang dianggap raja dalam kalangan buah-buahan.

Keenakan menikmati durian memang sukar digambarkan dengan kata-kata dan jika anda pandai memilih durian, sudah tentu tidak kecewa dengan rasanya.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu buah eksotik ini sebenarnya mempunyai pelbagai jenis baka yang ditanam di seluruh dunia.

Menjadikan setiap daripada jenis buah durian ini mempunyai keunikan rasa dan bau yang berbeza. Maka, tidak hairan jika anda singgah di gerai durian, kita akan dapati harganya juga agak ‘berbeza-beza’.

Terbaharu di laman sosial, rakaman video memaparkan sebatang pokok buah durian yang dipetik dengan hanya memanjat telah mencetuskan perbualanan hangat dari kalangan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dan pelik bagaimana buah durian yang biasanya mempunyai dahan pokok yang begitu tinggi kini hanya menyamai ketinggian pokok nangka yang matang.

Berbalik kepada video, pengacara sebuah rancangan dokumentari itu dilihat mengutip beberapa buah durian dengan hanya memotong tangkalnya menggunakan gunting, ketika memanjat pokok berkenan.

Ia dikira ‘masak’ apabila warna durinya bertukar menjadi kekuningan dan perlu segera dipetik, nyata begitu berbeza dengan cara orang kita mengutip durian bukan…


Jadi durian jenis baka apakah ini yang jelas sekali tidak pernah dijumpai di Malaysia?

Kepada pecinta durian, inilah buah durian ‘lai’ atau nama saitifiknya ‘durio ketejensis’ yang sering ditemui tumbuh meliar di beberapa kawasan hutan di Kalimatan Selatan, Indonesia.

Menariknya, fizikal buah durian lai memang seakan serupa seperti durian biasa namun ia berukuran lebih kecil dan baunya tidak terlalu menyengat.

Rasanya pula sangat manis dan isinya dikatakan tidak begitu melekit seperti durian. Jadi tidak hairanlah buah lai ini merupakan satu-satunya spesies durian liar yang ditanam secara meluas di Indonesia dan Brunei.

Dek kerana aromanya yang kadangkala langsung tidak berbau, ia juga sering menjadi tumpuan para pelancong yang ingin mencuba buat pertama kali merasi raja segala buah ini.

Setiap isi buah lai juga mempunyai ulas yang agak besar daripada durian biasa dan ia berwarna sedikit jingga, kadangkala kemerah-merahan. Biji setiap buah lai juga lebih gelap berbanding kebiasaan biji durian.

Difahamkan, ia begitu mendapat sambutan di kawasan-kawasan di kepulauan Borneo dan paling jelas sekali mendapat sambutan adalah di Brunei. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com