Pilih PM Berumur 93 Tahun, Pakatan Harapan Mahu Malaysia Contohi Zimbabwe?


Keputusan Pakatan Harapan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri disifatkan sebagai ''neo-Zimbabwe" atau "neo-Mugabelism” kerana menamakan bekas perdana menteri paling lama memerintah Malaysia itu sebagai perdana menteri sekali lagi di usianya menjangkau 93 tahun.

Di Zimbabwe mereka tolak presiden Robert Mugabe kerana faktor usia dan kurangnya kepekaannya terhadap perubahan semasa. 

Kini seolah-olah Malaysia mahu pergi ke arah negara Zimbawe pula  pula. Tak akan mereka (PH) tak ada calon lebih muda untuk ditampilkan sebagai perdana menteri?

Pandangan itu dilontarkan oleh  Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib ketika diminta mengulas perkembangan politik gabungan parti pembangkang itu.

Pakatan Harapan Ahad lepas memutuskan Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan Pengerusi PH sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi PRU14.

Sementara itu kata Md Shukri, pemilihan Dr. Mahathir itu juga membuktikan pembangkang mengakui pemerintahan BN selama ini tidak mempunyai masalah sebagaimana kerap didakwa mereka.

Keputusan itu turut membuktikan bahawa pihak pembangkang adalah 'raja drama’ dan isu-isu yang ditimbulkan sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri hanya direka untuk memperoleh undi rakyat.

"Kalau pada era Dr Mahathir, beribu isu mereka boleh timbulkan, dan hari ini dia mereka angkat jadi calon perdana menteri, saya percaya isu-isu yang mereka timbulkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya sandiwara, dan akan hilang sekiranya Najib memihak kepada mereka, ” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Menugulas perkara yang sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembalinyaDr Mahathirsebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata 
Beliau berkata Dr Mahathir akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003.

Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat bahawa tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri, kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, semalam. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com