Pilih Mahathir PM Macam Bergantung Dahan Reput...



KANGAR - Memilih Dr. Mahathir Mohamad memegang kerusi No. 1 negara itu seumpama ‘bergantung pada dahan reput yang menanti masa untuk patah’.

"Bagi saya, dosa terbesar Dr. Mahathir apabila dia menyekat bantuan untuk sekolah-sekolah agama,” katanya Mursyidul  Am PAS, Hashim Jasin

Ketua Majlis Syura Ulama PAS itu menyatakkan demikian keputusan Pakatan Harapan mengambil kata putus untuk mencalonkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan menang PRU-14.

Dalam masa sama menurut Hashim bahawa janji Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sementara sebelum digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat tidak meyakinkan selepas melihat rekod-rekod terdahulu bekas Perdana Menteri itu.

“Saya yakin rakyat tidak akan mudah lupa banyak perkara tidak menyenangkan berlaku semasa zaman pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun.

Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diminta menyatakan pendirian beliau secara terbuka mengenai pencalonan Dr Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri pembangkang itu.

Pesiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata Wan Azizah perlu menjelaskan apakah Mahathir lebih hebat berbanding suaminya, Anwar Ibrahim yang pernah digelar ‘anugerah tuhan’ sebelum ini.

“Mohon Dr Wan Azizah untuk jawab, Mahathir anugerah tuhan atau apa? Sebab dulu kata Wan Azizah, Anwar  anugerah tuhan dan hanya Anwar yang layak jadi Perdana Menteri"  kata Ramesh.

Kini semuanya sudah bertukar, Wan Azizah dikatakan setuju untuk Mahathir jadi Perdana Menteri yangsecara tidak langsung hilang prinsip bahawa hanya suami beliau yang layak jadi Perdana Menteri, kata Ramesh dalam satu kenyataan semalam. 

Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata pencalonan Dr. Mahathir merupakan titik tolak kepada agenda untuk merombak dan mereformasikan sistem pentadbiran di Malaysia.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR menyatakan bahawa agenda reformasi menjadi tekad dan komitmen dalam PH dan pencalonan Dr Mahathir mampu menjadikan hasrat itu sebagai kenyataan.

Reformasi itu kini dijiwai oleh ramai pimpinan PH termasuk Dr. Mahathir yang sebelum ini menentang keras reformasi yang dibawa oleh Anwar.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com