Piala Super Suramadu 2018: Pasukan Persela Ikat Kedah


ALOR SETAR - Perlawanan yang bermula semalam pada pukul 3 petang waktu Indonesia itu adalah aksi pembukaan kejohanan sempena ulang tahun pasukan Madura United pada 10 Januari ini, yang disertai oleh dua lagi kelab dari Indonesia iaitu Madura United, Persebaya Surabaya.

Menurut sumber, perlawanan tersebut disiarkan khas melalui siaran di laman Youtube Madura United TV, Persela mendahului Kedah di babak pertama dengan gol pendahuluan pada minit ke -30, melalui tandukan penyerangnya, Agung Pribadi yang menewaskan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid.

Namun, Kedah bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua melalui jaringan pemain muda, Zafuan Azeman pada minit ke -53, hasil hantaran Syazwan Zainon.

Setelah berselang lima minit kemudian, Persela pantas membalas jaringan dan kembali mendahui hasil ledakan Guntur Triaji, sebelum Kedah sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-70, melalui seorang lagi pemain muda, Hidhir Idris.

Hidhir yang bijak menyempurnakan hantaran dari Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan seri dua sama.

Bai Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote mengakui beliau tetap berpuas hati dengan keputusan seri itu kerana pemainnya mempamerkan penguasaan sepanjang perlawananan walaupun berdepan faktor cuaca panas dan keletihan.

“Lawan terlebih dahulu menjaringkan gol dan selepas selepas ketinggalan, kami melakukan beberapa pertukaran dan kembali mendapat rentak pemainan di babak kedua.

“Pemain muda seperti Akmal Azmi, Hidhir Idris, Zafuan Azeman berjaya menunjukkan permainan yang baik dengan kombinasi bersama beberapa pemain senior seperti Baddrol, Syazwan dan Khairul,” kata Marcote selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut mengenai persembahan dua permain import terbaru, Pablo Pallares dan Alvaro Silva, pengendali Helang Merah itu menegaskan, kedua-duanya beraksi dengan penuh semangat dalam usaha untuk meningkatkan keserasian bersama pasukan.

“Saya yakin mereka dalam proses penyesuaian dan secara keseluruhan, ia adalah satu permulaan serta pengalaman yang penting untuk pasukan,” katanya memetik MyMetro.

Kedah akan meneruskan aksi kedua Persija Jakarta, hari ini 8.00 malam waktu Malaysia dan diikuti Madura United FC pada 12 Januari. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com