Piala Sumbangsih: Kedah Bertemu JDT Dengan Empat Import


ALOR SETAR - JurulatihKedah berhasrat untuk menamakan empat import sahaja apabila turun menentang skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi merebut Piala Sumbangsih di Larkin awal bulan depan.

Menurut Ramon Marcote, tindakannya itu dilakukan selepas melihat kemampuan pemain tempatan yang terdiri daripada anak muda negeri itu memiliki kemampuan dan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan pramusim.

Jelasnya, berdasarkan penampilan pemain tempatan, mereka membuktikan diri masing-masing perlu diberi peluang dalam membantu skuad Helang Merah membawa pulang piala pertama musim ini.

"Dalam lima perlawanan yang kita lalui sebelum ini mungkin semua pihak bersetuju bahawa Kedah mempunyai pelapis atau pemain tempatan berbakat untuk diberi tanggungjawab dalam saingan Liga Malaysia (LigaM).

"Bagaimanapun itu tdak bererti Kedah tidak akan mengisi kuota import dari Asean kerana keputusan lanjut mengenai pemain import yang  akan bersama kita akan diputuskan oleh pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

"Saya telah menyerahkan nama-nama pemain yang dikehendaki dan KFA sedang melaksanakan tugas mereka, kita perlu menunggu sehingga semuanya selesai sebelum pemain berkenaan dapat bersama pasukan ini.

"Oleh itu untuk memberi perhatian bagi perlawanan pembukaan liga nanti kita akan memperkuatkan skuad ini dengan pemain tempatan dan empat import yang ada.

"Apa yang penting mereka berjuang sebagai satu pasukan dan fokus di atas padang dalam melaksanakan misi penting skuad," katanya memetik mStar Online.

Malah, selain memiliki ramai pemain muda dari skuad Piala Preseiden, Kedah turut memiliki seorang pemain yang menjadi perhatian kelab-kelab dari negara jiran iaitu Akhayar Rashid.

Anak muda itu mencipta nama ketika saingan sukan SEA, Akhyar kini lebih matang apabila berjaya membantu skuad B-23 Tahun negara dalam saingan peringkat Asia.

Kelincahan pemain kelahiran Kedah itu turut menarik perhatian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikan namanya dalam skuad senior selepas ini.

Berikutan itu, permata skuad hijau kuning itu dijangka akan mendapat lebih banyak peluang selepas ini di bawah kendalian Marcote dalam misi mencabar Liga M. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com