Perlu Bayar Lebih Jika Mahu 'Urutan Istimewa'


KLANG - Bukan sahaja menyediakan urutan tradisional, tetapi juga dipercayai dikesan menawarkan kegiatan tidak bermoral bagi mengaut untung dengan mudah.

Kegiatan itu dibongkar sepasukan polis daripada Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dalam serbuan di dua premis di Jalan Bayu Tinggi, di sini, malam semalam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 7.30 petang itu, seramai sembilan individu melibatkan tujuh tukang urut warga Thailand dan dua penjaga premis berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan.

“Dalam serbuan pertama, empat wanita dan seorang lelaki dipercayai tukang urut serta seorang lelaki tempatan ditahan.

“Manakala serbuan kedua membawa penahanan dua wanita juga disyaki tukang urut serta seorang lelaki Vietnam merupakan penjaga premis,” katanya.

Beliau berkata, beberapa barang telah dirampas antaranya tuala, minyak urut, tisu dan wang tunai.

Norhizam mendedahkan, premis tidak berlesen ini dipercayai menawarkan kegiatan tidak bermoral seperti urutan batin dengan harga RM100 hingga RM150 sebagai bayaran tip kepada tukang urut.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut 55b Akta Imigresen dan 39b Akta Imigresen.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com