Penduduk Baling Tak Selesa Kehadiran Lelaki Kurang Siuman


BALING - Kelibat seorang lelaki kurang waras di sekitar pekan Parit Panjang, di sini sejak lebih setahun lalu mengundang rasa kurang selesa penduduk.

Pekerja kedai makan, Nor Hazirah Syukri, 24, berkata, lelaki digelar ustaz dalam kalangan penduduk di situ berkeliaran tidak kira siang atau malam.

Menurutnya, individu tersebut ada kalanya bertindak di luar jangkaan.

“Pernah dia bogel tahun lepas dekat pekan ni, tapi berjaya ditahan polis. Kadang-kadang dia suka peluk orang lelaki dari belakang.

“Dia juga suka masuk di kedai makan dan bertutur dalam bahasa tidak difahami. Baju pun tak pakai, terganggu juga la kami di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sebuah kedai makan, kelmarin.

Sementara itu, hasil semakan Sinar Harian mendapati lelaki tersebut mempunyai kad OKU dan dikategorikan sebagai pesakit mental.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com