Pemilihan Mahathir Calon PM Pakatan, Mudahkan BN Capai Kemenangan PRU14


Kalangan pemimpin UMNO turut 'menyambut baik' pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ‘berterima kasih’ kepada Pakatan Harapan  kerana memilih pengerusi pakatanitu sebagai calon perdana menteri jika mereka menang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Abdul Rahman pemilihan Dr. Mahathir ia akan lebih memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRU14.

“Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka adalah berita baik untuk BN. PH menunjukkan selama bertahun-tahun mengatakan tentang reformasi dan memberikan golongan muda peluang lebih kepada retorik semata-mata,” katanya menerusi kiriman Twitter.

Tambah Rahman yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu, pengumuman tersebut juga merugikan PH terutamanya agenda reformasi mereka dan ia merupakan satu tragedi disebabkan oleh mereka sendiri.

Sementara itu Barisan Nasional  Johor mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya merampas perjuangan pakatan pembangkang.

Secara sinis, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan  sememangnya pandai dan cemerlang dalam berpolitik.

"Tahniah kerana dapat 'hijack'. Tahniah lah kerana dia pandai. Memang Tun Mahathir 'Politic Par Excellence'.

"Dia telah berjaya 'hijack' perjuangan pembangkang untuk dirinya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut imCoop Desa Mutiara di PPR Desa Mutiara di Johor hari ini.

Dalam pada itu  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, percaturan melantik Mahathir untuk menyandang sementara jawatan itu yang pernah dikuasainya selama 22 tahun, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Perkara ini merupakan sesuatu yang sudah dijangka dan kita tidak perlu memberi reaksi kepadanya. Bagi kami apa yang diperkatakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin iaitu pencalonan tersebut bakal menimbulkan ketidakstabilan politik, sememangya tepat.

"Gabungan parti-parti politik yang membentuk pakatan tersebut jelas tidak memperduli masa depan negara selain mempermainkan mandat rakyat hanya kerana mahu menyelamatkan ego individu tertentu.

“Perdana Menteri sementara ini bukanlah idea politik yang berpaksikan p
erlembagaan. Apabila tiba masanya nanti, sudah tentu ada sebuah kerusi Parlimen terpaksa dikorbankan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil semata-mata untuk membawa Anwar menjadi Perdana Menteri.

Dalam apa jua keadaan, rakyat tidak seharusnya dijadikan 'tebusan' dan berterusan dilibatkan dengan permainan politik demi ‘menghalalkan’ cita-cita individu tertentu menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com