Pelajar Tembak Mati Pengetua Kerana Tegur Ponteng Sekolah


Seorang murid di Pakistan ditangkap setelah menembak mati pengetua sekolah tempatnya bersekolah.

Sareer Ahmed, pengetua sekolah Islamia College di utara kota Charsadda, pada mulanya menegur muridnya itu.

Ketua Polis Charsadda, Zahoor Afridi menjelaskan, teguran diberikan kerana pelajar tersebut sering ponteng kelas sepanjang 2017.

Selepas disiasat pelajar berusia 17 tahun itu sering mengikuti demonstrasi yang diadakan oleh parti Pakistan, Tehreek-e-Labaik.

Dilaporkan Reuters via The Guardian, pada 27 November 2017, penyokong setia Tehreek mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Islamabad.

Mereka memprotes rancangan kerajaan untuk membuat perubahan kepada undang-undang pilihan raya, yang dianggap sebagai perbuatan menghina.

Ia menyebabkan berlakunya rusuhan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan dengan tujuh orang dilaporkan terbunuh, dan 200 yang lain cedera.

Protes itu kemudian berakhir selepas Menteri Keadilan Zahid Hamid, yang dituduh mengecam, meletak jawatan.

Semasa siasatan, pelajar itu mengakui tidak menyesal kerana melakukan pembunuhan di Pashto.

“Saya menerima dan bertanggung jawab atas tuduhan tersebut. Saya melakukannya kerana perintah Tuhan,” ujar pelajar tersebut.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com