Pelajar Kolej Bina Rumah Kecil Elak Hutang


FLORIDA – Seorang pelajar kolej membina sebuah kediaman seluas 21 meter persegi dengan kos cuma sebanyak AS$14,000 (RM54,200) supaya dia dapat meneruskan kehidupan bebas hutang.

Bradley dari Jacksonville di sini membina kediaman kompak mudah alih itu di atas sebuah tapak treler beroda sepanjang 8 meter dengan menggunakan lapisan kayu, manakala bahagian luaran kediaman pula diberikan salutan vinil.

Kediaman itu mempunyai kemudahan ruang tamu, ruang pejabat, dapur dan tempat tidur untuk dua individu dewasa. Malah turut dilengkapi sistem pendingin hawa, televisyen, sambungan internet tanpa wayar, pemanas, ketuhar, dapur gas dan tandas pengomposan.

Bradley menyatakan dia membina kediaman itu untuk menjimatkan kos pembayaran sewa rumah dan mahu menggunakan wang simpanan untuk membeli sebuah rumah lain pada masa hadapan tanpa melakukan pinjaman.

Lelaki itu turut menawarkan kediaman mudah alih tersebut untuk disewa pada harga AS$98 (RM380) semalaman menerusi laman AirBnB. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com