PAN Kedah Tercabar Bila PAS 'Hukum' Undi Pakatan Harapan Sebagai 'Haram'


Parti Amanah Negara (PAN) Kedah cukup tercabar apabila seorang pemimpin PAS daripada Padang Serai berkata "undi Pakatan Harapan adalah haram"

Ia menjadi haram kerana Pakatan Harapan (PH) bergabung dengan DAP, parti yang mengetuai PH.

Jika haram mengundi Pakatan Harapan, ini bermakna haram juga mengundi PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana bersekutu dengan DAP.

Sebelum ini Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin berkata haram bagi umat Islam untuk menyokong atau mengundi  DAP yang menolak hukum Islam dan mengamalkan prinsip anti-Islam.

DAP  menolak hukum-hakam Islam, membuktikan bahawa parti itu mengamalkan idealisme yang bertentangan Islam, kata Dr. Zamihan.

Ketua Komunikasi PAN  Kedah,  Ridzwan Abu Bakar mencabar Yang Dipertua PAS Padang Serai,  Ustaz Shahrudin Ibrahim agar tampil mempertahankan hujahnya yang meyatakan "Mengundi Pakatan Harapan adalah haram di sisi Islam"  dalam kuliahnya di  sebuah masjid baru-baru ini.

Video kuliah Ustaz Shahrudin tular di media sosial.

Ridzwan berkata, mereka yang bergelar agamawan dan berpakaian seperti ulama telah 'melacurkan' padangan agama mengikut kesesuaian masa dan tempat demi kepentingan politik

"Apakah asas hukum, haram di segi mana? tanya Ridzwan.

Menurutnya, jika kerana DAP,  Pakatan Harapan menjadi haram,  PAS juga bersama DAP sebelum ini (bersama Pakatan Rakyat).

"Apakah anda melacurkan ilmu  anda mengikut keadaaan semasa dan asas apakah pula yang membolehkan merayu undi bukan Islam.  Apakah undi mereka (bukan Islam ) juga halal bagi PAS? katanya.

Beliau anggap ustaz PAS itu bermulut "celupar' kerana sebelum ini beliau juga memfitnah kerajaan DAP Pulau Pinang.

PAN dan PPBM akan terus mempertahankan DAP daripada diserang oleh PAS menjelang PRU 14 ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mempertahankan  DAP bukan parti yang anti-Islam seperti di zaman beliau menjadi Perdana Menteri dahulu. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com