PAN Johor, Perak Boikot Konvensyen PH Protes Agihan Kerusi Tidak Adil


REBUTAN kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan tidak boleh disembunyikan lagi.Parti Amanah Negara (PAN) dikatakan memperolehi kerusi Parlimen paling sedikit berbanding dengan Parti Kkeadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung PPBM ditawarkan 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan PAN 27.

Akibat tidak berpuas hati dengan agihan kerusi secara adil, PAN Johor bertindak memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) semalam.

PAN Perak juga dilaporkan tidak puas hati dengan pembahagian kerusi itu. 

Di Johor, PAN hanya diberikan dua daripada lima kerusi Parlimen yang diminta untuk ditandingi pada PRU akan datang.

"Jadi kami rasa tak perlu datang (ke konvensyen PH). Semua pemimpin PAN Johor tak datang," kata Pengerusi PAN negeri itu  Aminolhuda Hassan kepada Malaysiakini.

Johor mempunyai 25 kerusi Parlimen. Pada PRU13,  BN menang 20 kerusi, DAP 4 dan satu PKR. 

Pengerusi Pakatan Harapan Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin ktika mengulas perkara itu  berkata PAN  perlu menghormati keputusan yang telah dicapai gabungan itu.

"Ini telah dibincang di peringkat tertinggi, pimpinan tertinggi menyertai rundingan (kerusi parlimen) dan semua telah bersetuju," katanya mengulas perkara itu.

Muhyiddin yang juga Presiden PPBM bagaimanapun enggan mengulas  jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PAN terlalu sedikit berbanding parti lain dalam Pakatan yang diberikan  banyak kerusi.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong  juga tutup mulut tentang ketidak puas hati pemimpin PAN Johor itu itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub berkata PAN Johor berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

PAN dikatakan hanya diberi kerusi Parit Sulong dan Pulai yang sebelum ini dimenangi oleh BN.

Selain itu boikot tersebut turut disertai oleh segelintir pemimpin PAN Perak yang dilaporkan juga tidak bersetuju berkenaan perkara sama.

Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi antara yang menyertai boikot tersebut.

"Saya sendiri tak datang kerana (isu) pembahagian kerusi, tetapi yang lain (PAN Perak) datang," katanya.

Pengarah Komunikasi PAN,  Khalid Samad berkata, menerusi keputusan yang dicapai sebelum ini, jumlah kerusi yang diberikan kepada PKR dan PPBM di peringkat nasional adalah lebih banyak berbanding parti-parti lain.

"Oleh sebab itu, ada sebilangan yang tak berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa.

Sehubungan itu, Khalid memenyatakan bahawa kerusi yang diperolehi PAN bagi peringkat nasional tidak banyak namun ia melebihi jumlah kerusi yang ditandingi PAS dalam PRU13 lalu. - kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com