PAN Boikot PRU14 Jika Tidak Ditambah Kerusi Parlimen, DUN?


PARTI Amanah Negara (PAN) terus memberi tekanan kepada Pakatan Harapan kerana 'dianaktirikan' dalam pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walaupun PAN diberi amaran oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar tidak membesarkan isu bilangan kerusi parlimen yang sedikit, pemimpin parti serpihan PAS itu tidak mengendahkan teguran itu.

Minggu lepas PAN Johor memboikot Konvesyen Pakatan Harapan kerana hanya dapat dua kerusi di negeri itu berbanding PPBM, PKR dan DAP. 

PAN Johor kini seperti mahu 'mengugut' Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Parti itu menyatakan  tidak menolak kenugkinan akan berlaku tindakan boikot  PRU14 jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pemuda PAN Johor menuntut jawatankuasa perunding parti perlu berkeras untuk mereka diberi sekurang-kurangnya 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Pemudanya, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata mereka layak untuk mendapat kerusi sebanyak itu kerana memiliki kekuatan akar umbi berbanding parti yang baharu menyertai PH.

“Kami khuatir tindakan memboikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan membawa kesan buruk terhadap harapan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin seperti mana yang dilaporkan MalaysiaGazette.

PAN walaupun lebih awal berada dalam PH hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, jumlah terkecil jika dibandingkan dengan parti-parti lain termasuk PPBM yang belum 'selesai' masalah dalaman parti dikurniakan 52 kerusi Parlimen.

Protes PAN mengenai pengagihan kerusi itu  masih kedengaran di sanasini  walaupun sebilangan pemimpin parti itu akur dengan DAP dan PPBM.- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com