Palestin Mahu Panel Antarabangsa, Tolak AS


RAMALLAH - Presiden Mahmoud Abbas, baru-baru ini berkata beliau cuma akan menerima panel antarabangsa untuk menjadi broker sebarang rundingan damai dengan Israel, tetapi tidak menolak peranan Amerika Syarikat dalam panel berkenaan.

Palestin berang dengan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Donald Trump.

Abbas memberitahu mesyuarat pegawai kanan Palestin dalam ucapan bahawa tindakan itu membuatkan AS hilang kelayakan sebagai broker usaha damai.

Israel berkata, ia mengalu-alukan AS sebagai orang tengah tetapi usaha Washington menghidupkan semula rundingan, diketuai penasihat Trump yang juga menantunya, Jared Kushner, tidak menunjukkan sebarang kemajuan setakat ini.

Rundingan dibekukan sejak 2014.

Trump berkata, pencapaian persetujuan akan menjadi 'perjanjian abad ini' tetapi Abbas, semalam menegaskan: "Perjanjian itu adalah tamparan abad ini dan kami tidak menerima AS sebagai orang tengah antara kami dan Israel."

Komen Abbas dibuat pada permulaan pertemuan selama dua hari Majlis Pusat Palestin, badan pembuat dasar tertinggi di Palestin, menyaksikan 95 delegasi akan membincangkan strategi masa depan. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com