Pakatan Harapan Khianati Perjuangan Reformis PKR?


KASIHAN  kelompok reformis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjuang sejak 1998  menentang pemerintahanTun Dr. Mahathir Mohamad. Ternyata keputusan konvensyen Pakatan Harapan semalam telah mengkhianati perjuangan mereka selama 20 tahun itu.

Keputusan Pakatan Harapan (PH) memilih Dr. Mahathir calon Perdana Menteri jika PH menang PRU14 memberi gambaran jelas bahawa mereka masih terikat atau terbelenggu dengan idea Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seolah-olah tiada calon lain yang boleh ditonjolkan.

Seorang pemerhati politik Azizi Safar berkata, PH terus menjaja Mahathir dan Anwar sebagai calon-calon Perdana Menteri  seolah-oleh tiada langsung pemimpin lain yang lebih muda dan punyai ciri-ciri "Prime Minister material" dalam Pakatan itu .

"PH masih bertaruh nasib ke atas 'kuda-kuda tua' untuk menarik sokongan rakyat dalam pilihanraya, " katanya menerusi cacatan di FB beliau hari ini.

Menurutnya, pemilihan orang tua sebagai pemimpin akan menyekat peluang pimpinan muda  apabila PH masih terus 'mengitar semula' bahan lama untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

"Pakatan Harapan tidak juga menawarkan sebarang harapan baru kepada rakyat Malaysia. Mereka hanya menawarkan bahan-bahan kitar semula sahaja, " katanya lagi.

Mengenai agihan kerusi di kalangan PH  kata Safar,  ia  menunjukkan belum selesai atau sukar untuk diselesaikan dengan konsensus yang sempurna.

 PH mengumumkan semalam dari 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, PPBM diberikan 52, PKR 51, DAP 35 dan PAN 27.

Pengagihan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak tidak dimaklumkan. Hanya PKR dan DAP yang bertapak di Sabah dan Sarawak. PPBM tiada Bahagian di sana, begitu juga PAN. Dikatakan PKR akan mendapat jumlah kerusi Parlimen terbesar di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau pada Pilihan Raya Negeri  Sarawak Ke 11, PKR dan DAP berebut kerusi pada saat akhir walaupun agihan kerusi sudah dibuat lebih awal. 

DAP dan PKR berebut dominans di Sarawak. PKR Sarawak dan DAP Sarawak dikatakan ada autonomi untuk menentukan sendiri perjalanan parti di sana tanpa perlu akur dengan keputusan kepimpinan DAP dan PKR di Kuala Lumpur.

Berapa kerusi Sabah dan Sarawak untuk PKR dan berapa pula untuk DAP? 
Pada PRU13 DAP tanding 51 kerusi Parlimen, sudah tentu DAP mahu tanding lebih banyak kerusi dari jumlah itu pada kali ini, katanya.

Berapa pula kerusi untuk parti-parti asal Sabah dan Sarawak?

"Tidak mungkin Pakatan Harapan akan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN)  di 57 kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak walaupun PH hanya umum agihan 165 kerusi Parlimen di Semenanjung", kata Safar. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com