Pakatan Harapan Dihancurkan Bila Mahathir Berkuasa Semula?



Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa 22 tahun berkuasa berjaya 'menjatuhkan' tiga timbalan perdana menteri termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mengancam kedudukannya.

Selepas bersara pun, beliau terus memberikan tekanan kepada penggantinya jika mereka tidak mahu mengikut telunjuknya.

Semasa bersara Dr. Mahathir selalu berkata" Saya  tiada kuasa lagi..." beberapa kali tetapi dalam masa yang sama beliau terus mencari 'kesalahan' dan memburukkan penggantinya selain menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri yang enggan menuruti kehedaknya.

Di zaman pemerintahannya juga Dr. Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan dan memenjarakan tokoh politik tertentu tanpa bicara terutama pihak yang mengancamkan kedudukannya. 

Beliau membenarkan 'kehancuran' UMNO lama dan 'menghidupkan UMNO baharu kerana mahu mengawal parti dan terus berkuasa. 

Kini setelah mengetuai Pakatan Harapan, Dr. Mahathir dilihat pula cuba mengambil alih kuasa gabungan pembangkang setelah semua ikhtiarnya untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara haram,  menemui kegagalan.

Apakah Pakatan Harapan yang diwujudkan untuk mengahadapi PRU14 oleh DAP, PKR dan PAN juga akan hancur selepas ini setelah Mahathir berkuasa penuh walaupun beliau berjanji untuk menyerahkan kuasa itu kepada Anwar selepas tamat tempoh pemenjaraan beliau nanti.

Bagi Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek, pakatan pembangkang itu dijangka berdepan situasi bahaya apabila memutuskan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

"Pakatan sepatutnya sedar tujuan Dr Mahathir bergabung dengan pembangkang… sekarang dia setuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

"Tapi itu cerita dan janji sekarang… dia belum jadi perdana menteri lagi dia setujulah dengan semua syarat. Sebaik sahaja Dr Mahathir berkuasa nanti Pakatan itu sendiri yang mula-mula dihancurkan," katanya.

Abdul Halim berkata perjanjian untuk menaikkan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara sebagai calon perdana menteri ke-8 juga merupakan bayangan yang samar dan sukar direalisasikan.

"Perlu ingat… sebaik sahaja Dr Mahathir memerintah negara dia boleh lantik sesiapa sahaja yang dia mahu, tiada siapa mampu menghalangnya. Selama 22 tahun dia jadi perdana menteri, dia memang penuh dengan helah licik," katanya yang dipetik daripada Bernama semalam.

Menurutnya keadaan Pakatan Harapan ketika ini adalah goyah dan kucar kacir walaupun mereka kelihatan 'sepakat' tetapi hakikatnya mereka hanya terpaksa duduk bersama-sama.

"Kesepakatan yang mereka tunjukkan ketika ini hanyalah syarat… mereka mesyuarat ini pun bukan bukti mereka bersatu tetapi untuk penuhi syarat Jabatan Pendaftar Pertubuhan,"kata Dr. Abdul Halim.

Dalam pada itu, ramai yang bertanya siapa di kalangan pemimpin dalam Pakatan boleh memberikan jaminan bahawa Dr. Mahathir akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Kini suara protes sudah mula berkumandang di seluruh negara oleh parti-parti dalam pakatan itu sendiri. Di samping usia bekas Perdana Menteri itu yang semakin lanjut, mereka juga bimbang masa depan negara dan rakyat jika Mahathir kembali berkuasa.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com