Padah Rogol Anak Tiri, Buruh Di Alor Setar Dipenjara 15 Tahun, 4 Sebatan


ALOR SETAR – Seorang bapa tiri yang juga bekerja sebagai buruh kontrak tergamak merogol anak tirinya pada September tahun lalu, padahnya dia dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, semalam.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap Mat Zahir Shariff, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

“Perbuatan kamu adalah jijik, kamu memilih untuk melakukan perkara tersebut kepada anak tiri kamu sedangkan kamu sudah berkahwin dengan ibu mangsa,” katanya dengan kesal sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak itu melakukan melakukan perbuatan jijik dengan merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Belah, Mukim Lada, Pokok Sena, pada 11 malam, penghujung September lalu. 

Tembelang jahat bapa tirinya itu akhirnya terbongkar  selepas mangsa mengadu perbuatan hina itu kepada ibu saudaranya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur memohon agar mahkamah memberi hukuman berat terhadap tertuduh berikutan kesalahan tersebut adalah serius dari sudut perundangan dan agama, malah tidak ubah ibarat “Harapkan pegar, pegar makan padi”.

“Malah mangsa turut trauma dengan kejadian tersebut dan mempunyai masalah berhadapan dengan masyarakat kerana tekanan perasaan,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com