Orang Padang Terap... Kenali Sejarah Tempat Tinggal Anda


Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah , Malaysia. 

Majlis Daerah Padang Terap telah ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. 

Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. 

Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi Padang.

Di Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namakan dengan "Padang" seperti Padang Besar, Padang Lalang, Padang Perahu, Padang Hang dan Padang Mak Sirat. 

Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan sama ada tanah yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan.

Kawasan Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . 

Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini. Profil tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagai Siri Terap.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com