Ops Samseng Jalanan: Mat Rempit Kudung Antara 91 Ditahan


KLANG : Walaupun kudung kedua-dua tangannya, namun seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) masih berani merempit di lebuh raya.

Lelaki berusia 23 tahun itu diberkas bersama 91 pesalah trafik lain dalam ‘Ops Samseng Jalanan’ di Bukit Raja di sini, malam tadi.

Hasil penyamaran dari unit risikan dan operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, yang diketuai ASP Khairul Azhar Ismail dan Insp Firdaus Syafik Abu Talib bersama 12 peronda lebuh raya Zon Tengah, mengepung di susur masuk Bukit Raja.

Lensa kamera merakamkan aksi berbahaya samseng jalanan terbabit.

Hasilnya, 109 saman dikeluarkan manakala 15 lagi disita atas kesalahan tiada lesen memandu.

Sejumlah 28 orang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya.

Seorang disahkan positif methaphetamine.

Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com