Najib Telah Hapuskan 8 Tol Sejak Jadi PM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara perlahan memansuhkan lapan kutipan tol di beberapa lebuh raya di dalam negara.

Kerajaan juga telah mengambil alih PLUS dan mengubah kadar kenaikan tol setiap tiga tahun daripada 10% kepada hanya 5%.

Itupun, tiada sebarang kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Plus sejak tahun 2013.

Dahulu, syarikat konsesi lebuh raya adalah pihak yang mendapat keuntungan mutlak jika kadar tol naik atau jika kerajaan terpaksa membayar pampasan agar kadar tol tidak dinaikkan.

Bagaimanapun di zaman Najib, hasil kenaikan kadar tol atau pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan akan dinikmati oleh rakyat melalui pegangan saham KWSP.

Seperti yang dijanjikan dalam #Bajet2018 pemansuhan kutipan tol telah dilaksanakan pada 01 Januari 2018 di Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam & Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah & Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor, menjadi bukti Kerajaan prihatin kepada rakyat.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com