Mukhriz Tidak Layak Diangkat Jadi Pemimpin - Johari Baharum


Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir didakwa tidak menghargai nikmat keamanan negara dan susah payah diperjuangkan pemimpin dan generasi terdahulu.

Beliau sebaliknya hanya mementingkan agenda untuk meluaskan kuasa politik apabila tidak mahu mengaku dirinya rakyat Malaysia semasa berada di luar negara.

Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, Mukhriz tak faham tentang susah senang kerana dia hidup dalam kemewahan semasa Tun Dr. Mahathir Momahad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Malu mengaku diri rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan beliau tidak mempunyai semangat patriotisme dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin, kata Johari.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Askar Wataniah (GAW) Zon Utara dekat Alor Setar semalam bagi kenyataan  mengulas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu  yang mengaku dirinya warga Brunei Darussalam semasa di luar negara.

Menurut Johari lagi,  Mukhriz mungkin tidak tahu tentang perjuangan sebab beliau belajar di luar negara, bukan di Malaysia dan tiada semangat kenegerian dan kenegaraan.

Mukhriz  mendakwa malu mengaku dirinya berasal dari Malaysia sewaktu berada di luar negara kerana kononnya negara ini sebagai bermasalah dan mempunyai imej yang terukdi bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak ada sebabnya untuk seseorang itu malu hendak mengaku rakyat Malaysia, sebaliknya patut mereka perlu bangga kerana negara kini yang disegani pada mata dunia", kata Johari lagi.

Selapas mendakwa 'dirinya rakyat Brunei' semasa berucap pada satu program politik di Baling Jumaat lepas, Mukhriz kecam hebat oleh para pemilik akaun Facebook. - Kedahnews.com  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com