Mohamed Nazri Jangka PRU-14 Selepas April


PADANG RENGAS - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan selepas bulan April ini.

Mohamed Nazri berkata, PRU-14 akan diadakan selepas sidang Parlimen yang akan bermula pada 5 Mac sehingga 4 April depan.

“Saya jangkakan (PRU-14) selepas April kerana biasanya semasa bersidang (Parlimen), jarang sekali Parlimen dibubarkan melainkan selepas itu baharu dibubarkan.

“Jadi masih ada masa beberapa bulan lagi untuk kerja kuat untuk menghadapi PRU-14,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program penerangan, penjelasan dan pencerahan mengenai isu-isu semasa bersama ketua kampung dan pemimpin masyarakat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kubang Panjang, Lubuk Merbau dekat sini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com