Misi Kumpul Dana RM1 Juta Penjawat Awam Kedah Koma Di AS Masih Diteruskan


ALOR SETAR - Misi mengumpul dana RM1 juta bagi melangsaikan kos perubatan penjawat awam dari Kedah, Mohd Radzi Abd Hadi, 56, masih diteruskan ahli keluarganya.

Menurut anak keduanya, Tasnim Mohd Radzi berkata, kutipan dana yang diterima masih rendah berbanding jumlah yang diperlukan bagi melunaskan bil rawatan Hospital Dignity Health, California.

Jelas Tasnim, pelbagai usaha dilakukan keluarganya untuk mencukupkan dana antaranya melalui hebahan di laman web, Go Fund Me yang dilancarkan sejak 24 hari lalu.

“Kutipan menerusi Go Fund Me sejak dilancarkan kini RM 50,302 (USD13,414). Kami menerima sumbangan itu daripada 433 insan yang prihatin dari serata tempat,” katanya.


Katanya, setakat 15 Januari, jumlah keseluruhan dana terkumpul adalah RM 169,515, dan ia masih belum mencukupi.

Kutipan dana itu turut merangkumi tiga akaun bank, iaitu RM 54,217 (Bank Islam), RM 59,996 (Maybank) dan RM 5,000 (BSN).

Tambah Tasnim, invois yang diterima setakat 15 Januari daripada hospital adalah RM 798,916 (AS$196,062) selain daripada doktor RM 34,045 (AS$8,504)),” katanya memetik Sinar Online.

“Sebahagian pembayaran sudah dibuat, antaranya ubat-ubatan yang diperlukan sebanyak

RM3,442.28. Terima kasih atas sumbangan yang kami terima daripada penyumbang yang membantu kami walaupun tidak saling mengenali,” ujarnya.

Menurutnya, kos bagi menampung bil rawatan itu sebahagiannya dikumpul daripada wang simpanan keluarga dan sumbangan saudara- mara.

“Kami juga masih berunding untuk mendapatkan diskaun dan membayar jumlah yang dipersetujui. Kami akan terus kutip sumbangan daripada orang ramai, dan berusaha mengumpul sehingga dapat langsaikan kesemua bil,” katanya.

Terdahulu, Mohd Radzi koma selepas mengalami serangan jantung di Amerika Syarikat (AS), 9 Disember lalu, selepas sehari tiba di Los Angeles untuk menziarahi keluarga anaknya yang melanjutkan pengajian di negara tersebut.

Orang ramai yang mahu membantu boleh salurkan dana ke akaun Bank Islam 12122020088470 (Tasnim Mohd Radzi); Maybank 162487109218 (Abdul Rahimi Abdul Rahman); Bank Simpanan Nasional 0210041000302423 (Muaz Mohd Radzi) atau menerusi www.gofundme.com/urgent-md-radzi-heart-failure-fund. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com