Miliki Alat Sulit Terpanjang Didaftar Sebagai OKU


SEORANG lelaki Mexico yang dipercayai mempunyai alat sulit terpanjang di dunia, akhirnya berjaya mendaftarkan diri sebagai orang kurang upaya (oku) di negaranya.

Roberto Esquivel Cabrera, 54, dari utara bandar Saltillo, memiliki alat sulit sepanjang 18.9 inci.

Selepas mendaftar sebagai lelaki kurang upaya, dia layak menerima bantuan daripada kerajaan walaupun sebelum ini dia menolak untuk melakukan pembedahan bagi mengecilkannya.

Ini kerana Roberto berharap dapat mencari kerja dalam industri filem lucah Amerika Syarikat.

“Saya tidak boleh memakai pakaian seragam seperti orang lain yang bekerja di syarikat atau kilang dan saya tidak boleh berlari dengan pantas,” katanya,

Sementara doktor yang memerika Roberto memberitahu sebahagian alat sulitnya itu adalah sebenarnya kulit dan alat sulit sebenarnya hanya sepanjang enam atau tujuh inci sahaja.

Pasukan perubatan sudah beberapa kali meminta dia mengecilkan alat sulitnya supaya dia boleh bergerak seperti orang normal dan memiliki anak namun Roberto enggan.

“Dia lebih rela memiliki alat sulit yang besar berbanding orang lain. Dalam budaya latin sesiapa yang memiliki alat sulit besar dianggap sebagai macho.

“ Ia adalah sesuatu yang akan membuatkan dia berbeza daripada orang lain,” kata Dr Jesus David Salazar Gonzalez.

Disebabkan keadaannya itu, aktiviti seks Roberto menjadi terhad. . - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com