Mekanik Kereta Maut Tersepit Di Pagar, Dihimpit MPV


SUNGAI BESAR – Seorang mekanik maut selepas tersepit di antara pagar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengundur secara tiba-tiba, dalam kejadian dekat Taman Makmur di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ham Kok Hooi, 35, ditemui jiran dalam keadaan tersepit dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata siasatan awal mendapati mekanik terbabit sedang membaiki MPV Toyota Estima milik seorang pelanggannya.

“Sebelum kejadian, Toyota Estima terbabit tidak berfungsi dan mangsa sedang berusaha mengeluarkan kenderaan terbabit dari garaj rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, kenderaan terbabit dikatakan mengundur secara tiba-tiba. Mangsa yang berada di belakangnya cuba menahan pergerakan kenderaan itu.

“Namun, kenderaan itu terus mengundur melanggar mangsa dan tiang pagar yang berada di belakangnya. Keadaan itu menyebabkan mangsa tersepit di antara kenderaan berkenaan dan pagar rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber – BH

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com