Mayat Nelayan Warga Thailand Lemas Di Langkawi Dijumpai Di Dasar Sungai


NELAYAN warga Thailand yang terjatuh dari bot bilis di alam sungai di Taman Nilam, Jalan Air Hangat, Langkawi, ditemui lemas 12.18 tengah hari ini.

Terdahulu, mangsa, Lukman Samoree, 24, yang menghidap penyakit sawan dikatakan tidur di dalam buaian di tingkat atas bot dua tingkat itu sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan jam 1 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Che Mi berkata, mayat mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) di dasar sungai pada kedalaman lima meter berhampiran dengan tempat dia terjatuh.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan dibawa ke daratan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak kakitangan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber:MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com