Masyarakat India Kedah Diingat Tidak Ulangi Kesilapan Pilih Pembangkang


CALON MIC kalah dua kali di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Kedah yang mempunyai majoriti pengundi Melayu pada PRU12 dan PRU13.

Pada PR14, BN berharap calon MIC akan dapat mengembalikan dua kerusi yang mungkin ditawarkan lagi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu di Bukit Selambau (Parlimen Merbok) dan Lunas (Padang Serai).

Bukit Selambau adalah kerusi asal yang ditandingi oleh UMNO namun diserahkan kepada MIC atas prinsip kerjasama dalam BN.

Pengerusi BN dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah mahu dua Bukit Selambau dan Lunas diambil semula pada PRU akan datang.
   
Sehubungan itu Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar meminta masyarakat India di dua DUN berkenaan tidak membuat kesilapan lagi dengan memilih pembangkang untuk menjadi wakil rakyat mereka.
.
Selepas dua penggal berlalu, wakil rakyat pembangkang ternyata gagal menjaga kebajikan kaum India khususnya di dua kawasan DUN berkenaan, kata Ahmad Bashah.

" Saya tidak mahu masyarakat India terus ditipu oleh pembangkang, apabila mereka berjanji dengan rakyat mereka tidak tunaikan, " kata Ahmad Bashah selepas menyampaikan sumbangan Perdana Menteri berjumlah RM900,000 untuk 48 kuil, 21 Badang Bukan Kerajaan (NGO) dan 59 sekolah jenis kebangsaan Tamil di Seri Mentalun, Alor Setar semalam.

Sementara itu Ahmad Bashah mengingatkan pengundi adalah penting memilih BN mewakili kawasan mereka supaya peruntukan yang diperoleh dibelanjakan untuk faedah penduduk di DUN masing-masing.

Kedah juga memerlukan wakil rakyat daripada MIC bagi membawa suara masyarakat India kepada kerajaan, katanya.

Dalam pada itu beliau meminta orang Melayu dan Cina  akan memberikan sokongan kepada calon MIC seperti mana juga masyarakat India memberi sokongan kepada calon UMNO, MCA dan Gerakan di tempat lain. - kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com