Mangsa Ribut Di Pendang Bersyukur Dapat Sumbangan Dari E-Idaman


ALOR SETAR - Sejumlah 10 keluarga di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai, Pendang mampu sedikit menarik nafas lega apabila menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 bagi membaik pulih kerosakan rumah masing-masing selepas menjadi mangsa kejadian ribut November lepas.

 berkata, pihaknya telah membuat melawat di kampung berkenaan dan sedih dengan dugaan yang menimpa mereka.

Selain itu, semalam pihaknya turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa kejadian ribut tersebut.

"Sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap keluarga bagi membolehkan mangsa yang terlibat membaiki kerosakan bumbung serta rumah yang rosak akibat ribut dan hujan sebelum ini.

"Bantuan itu diserahkan kepada lima keluarga di Kampung Alor Ali dan lima keluarga lagi di Kampung Rambai," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, bantuan yang dihulurkan itu merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat EISB kepada golongan yang memerlukan.

Pada 10 Nov lepas, lebih 10 rumah di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com