Malu Jadi Rakyat Malaysia, Shahidan Cadang Mukhriz Pindah Ke Negara Lain


Rakyat negara ini diminta menilai sama ada Timbalan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir layak dipilih atau tidak sebagai pemimpin masa depan negara  pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Rakyat perlu memilih pemimpin yang mempunyai jati diri terhadap bangsa dan negaranya, bukannya pemimpin yang meragui tentang masa depan negara. 

Ini ekoran pengakuan Mukhriz Jumaat lalu bahawa beliau malu mengaku rakyat Malaysia semasa berada di luar negara, atas alasan beliau negara ini tidak lagi seperti zaman pemerintahan bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Kenyataan Mukhriz itu bagaiamanapun menerimakritikan ramai pemilik akaun Facebook yang mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu seolah-olah telah hilang jatidiri.

Bagi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, rakyat boleh menilai Mukhriz pada pililhan raya akan datang sama ada perlu pemimpin seperti itu atau sebaliknya.

Khairy berkata, adalah tidak wajar untuk seseorang bertindak sedemikian (malu dengan negara sendiri) walaupun tidak menyukai kerajaan dan tidak sepatutnya dibuat secara terbuka.

“Saya berpendapat ia mengecewakan. Walaupun kita tidak bersetuju dengan kerajaan, kita tidak patut malu menjadi rakyat negara ini.

Pengakuan Mukhriz itu suatu yang memalukan dan tidak sepatutnya diucapkankan secara terbuka,” beliau dipetik berkata dalam satu program  di Bagan Serai dua hari lalu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun menyerahkan kepada rakyat untuk menilai seseorang pemimpin yang enggan mengakui dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Terdahulu, Mukhriz dalam satu program ceramah di Baling pada Jumaat dilaporkan berkata beliau malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara.
Beliau lebih rela mengaku rakyat negara lain seperti Brunei Darulsalam.

Mengulas perkara yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan agar bekas Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kedah itu berpindah ke mana-mana negara yang beliau selesa jika malu mengaku rakyat Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perlis berkata, tidak salah untuk Mukhriz berpolitik namun jangan sampai berlebihan sehingga hilang semangat cintakan negara sendiri.

“Kalau malu tinggal di Malaysia, dia (Mukhriz) boleh berpindah ke negara lain yang dia mahu. Kalau dilihat rakyat negara mana sekalipun mereka cukup bangga dengan negara sendiri.

“Saya berbangga jadi rakyat Malaysia walaupun dalam hidup ini ada masa jatuh, ada ketika kita di atas. 

 Sepatutnya kita membina negara, bukannya memburukkan negara dengan sikap seperti itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai Guru-Guru Parlimen Arau di Kolej Matrikulasi di Perlis kelmarin.

 Dalam pada itu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam tweetnya turut menyindir Mukhriz, " You marah dengan PM, itu hal awak. Tak mengaku orang Malaysia? Itu tak boleh diterima. 

Patriotisme dan sayangkan negara tidak mengenal isu dan tidak boleh dipermainkan begitu saja. Lebih lebih lagi bagi seseorang yang mimpi mahu jadi Perdana Menteri." - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com