Mahfuz Hina Sultan Pahang Seperti Juga Hina Sultan Kedah - Ahli Parlimen Paya Besar


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak sedar apabila bersikap biadap dengan Sultan Pahang beliau juga secara tidak langsung menghina Sultan Kedah.   

"Lebih baik pulangkan sahaja darjah kebesaran ‘Datuk’ kepada Sultan Kedah. Buat malu sahaja kerana peranan Sultan Kedah dan Sultan Pahang adalah sama,” kata Ahli Parlimen Paya Besar, Pahang Datuk Seri Abdul Manan Ismail.

Abdul Manan berkata kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu sangat biadap dan memalukan orang Islam dan Melayu kerana tidak menghormati institusi istana.

Tambah Abdul Manan jika institusi kesultanan juga dipermainkan dan dicampur adukkan dalam hal politik maka tidak wajarlah Mahfuz digelar sebagai pemimpin rakyat yang mewakili rakyat.

“Sebab banyak sangat makan dedak haram inilah hasilnya cakap pun tak menggunakan otak. Berhentilah jadi MP (ahli Parlimen)," katanya seperti yang mana yang dilaporkan oleh BNBBC.

“Saya pelik dengan sikapnya yang bergelar ahli parlimen kerana sikapnya sangat tak matang,  perangai tak berubah dari dulu.," katanya mengulas video satu ceramah bekas pemimpin PAS itu yang mengaitkan kedudukan Sultan Pahang yang gering itu dengan isu pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.

Mahfuz yang baru tinggalkan PAS awal 2018 terus berdegil kerana enggan memohon maaf kepada Sultan Pahang di atas kenyataan beliau.

Keangkuhan bekas Naib Presiden PAS yang  tidak mahu memhon maaf  seperti juga Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menjadi idola Mahfuz.

Dr. Mahathir baru-baru ini menghina etnik Bugis dengan menyifatkan mereka keturunan lanun apabila mengaitkannya masyarakat itu dengan Datuk Seri Najib Razak.  

Tanpa disedari Dr. Mahathir juga menghina raja-raja Melayu  kerana golongan Istana juga mempunyai hubungan darah dengan keturunan dengan Bugis. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com