Mahathir Mahu Sekat Kebebasan Media Pula?


Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menyebut pihaknya akan memastikan kebebasan bersuara di negara ini dikembalikan jika berjaya mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

Namun semalam beliau mahu pula 'menyekat' kebebasan bersuara terhadap  mereka yang tidak puas hati di atas pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam kata lain, beliau tidak mahu pemimpin parti dalam Pakatan Harapan membincangkan masalah parti itu  menerusi media dan  tidak mahu media mengetahuinya.

"Perselisihan pendapat yang menolak calon Perdana Menteri Pakatan Harapan merupakan perkara dalaman dan tidak perlu didedahkan kepada media," tegas Dr. Mahathir yang pernah menjawat Menteri Dalam Negeri.

Beliau yang juga calon perdana menteri gagasan itu menjelaskan, sewajarnya hal-hal yang berkaitan (pertikaian calon Perdana Menteri) dirunding dan diselesaikan secara dalaman sahaja.

"Ini kita nak tanya, kita nak tahu. Bukan kita nak tolak. Kita bukan nak tolak siapa-siapa, tentu ada orang setuju tak setuju. Kita boleh tengok siapa calon ganti. Ini semua perkara dalaman tak payahlah press nak tahu," ujarnya dalam sidang media semalam.

Dr Mahathir memberikan reaksi itu ketika ditanya berkenaan keputusan mengangkatnya sebagai PerdanaMenteri telah dibantahberbagai pihak termasuk PKR Selangor dan perkara itu  disebarkan melalui berbagai saluran media.

Sebelum ini  Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad berkata pihaknya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan pengumuman menamakan Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Beberapa pemimipin PKR dan DAP juga  tidak bersetuju dengan pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana faktor usianya  dan mahu Pakatan Harapan memberi ruang kepada orang muda.

Antara calon Perdana Menteri lain yang disebut ialah Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraidah Kamaruddin pula mencadangkan  Dr. Mahathir sesuai diletakkan sebagai 'Menteri Kanan' jika Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada PRU14.

Jika masih ingat, pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir kebebasan media disekat hingga ada permit akhbar digantung dan surat khabar yang dijual dirampas

Hararakah Daily milik PAS tidak boleh dijual secara terbuka dan akan dirampas. Beberapa akhbar lain termasuk The Star akan akhbar berbahasa Cina juga pernah digantung semala Mahathir menjadi Perdana Menteri.-Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com