Mahathir Kini Semakin Sibuk Jalankan Tugas-Tugas 'Perdana Menteri'


Walaupun baharu dicalonkan sebagai 'Perdana Menteri' oleh Pakatan Harapan pada Ahad lalu, Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 93 sudah merasai diri beliau seolah-olah "Perdana Menteri yang sebenar'.

Tarikh PRU14 belum diumumkan, pembahagian kerusi pakatan pembangkang pun masih belum selesai sementara pendaftaran  Pakatan Harapan juga masih tersangkut .

Dr.Mahathir kini 'terlalu sibuk' dan semalam membuat lawatan ke hospital untuk 'menziarah' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dirawat.

Oleh kerana tidak dibenarkan berjumpa Anwar oleh pihak penjara, Dr. Mahathir terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana gagal mengucapkan terima kasih berikutan 'tiada bantahan' Anwar Pakatan Harapan melantiknya  sebagai calon Perdana Menteri Ke-7.

Aneh juga Dr. Mahathir, sejak kebelakangan ini membuat kenyataan yang  bercanggah dengan apa yang dinyatakan sebelum ini.

Ketika pemimpin pembangkang seperti PKR, DAP dan PPBM sendiri mahu menghukum atau memenjarakan pemimpin UMNO/BN jika pakatan mengambil alih teraju pemerintahan, Dr. Mahathir tiba-tiba pula membuat 'pusingan U' pula 

Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan yang bakal diterajuinya kelak tidak akan mengamalkan konsep membalas dendam kepada pemimpin sekarang.

“Kita akan hormati dan ikut pemerintahan mengikut undang-undang, bukan niat kita nak balas dendam terhadap mereka, kami akan berpegang kepada the rule of law,” ujarnya menjawab soalan netizen dalam media sosialnya semasa siaran langsung Facebook berjudul Policy Talk: Kos Sara Hidup, Jalan Penyelesaian?

Oleh  itu,  tentu Dr. Mahathir bersetuju tentang hukuman yang diputuskan oleh mahkamah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat oleh beliau dahulu kerana kesalahan meliwat.

Dr. Mahathir juga tentunya bersetuju jika beliau tidak dibenarkan berjumpa Anwar yang masih bertaraf banduan di hospital semalam kerana ia juga satu peraturan, seperti mana juga ia diamalkan  semasa beliau menjawat Perdana Menteri dahulu.

“Mereka yang salah akan dihadapkan ke mahkamah dan bukan oleh Perdana Menteri, kerajaan tetapi mahkamah yang akan tentukan dan hukuman ke atas mereka jika didapati bersalah,
itu cara kami. Bukan cara balas dendam, tidak,” katanya lagi.

Mahathir berkata, PH akan berpegang kepada prinsip sedia ada dengan menghormati kedaulatan undang-undang negara ini.

Jika Mahathir berpegang pada prinsip itu, kenapa pula beliau berusaha untuk menggulingkan Perdana Menteri sebelum ini? Tidakkah itu juga salah di sisi undang-undang atau membelakangkan perlembagaan negara.

Mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digunakan oleh beliau sebagai senjata untuk menggulingkan Najib, Dr Mahathir kembali kini mengitar semula pendiriannya bagi menarik perhatian rakyat.

“Jika kami menggantikan kerajaan BN langkah pertama adalah mendapatkan kembali wang 1MDB sekarang berada di Amerika Syarikat dan bank di Singapura.

Jadi bagaimana pula dengan kegiatan spekulatif tukaran wang asing (forex) hingga menyebabkan kerugian RM32.1 bilion wang Bank Negara Malaysia pada zaman pemerintahannya.?

“Kami juga ada cara untuk mengurangkan hutang dan membetulkan projek yang membazir, kami berpengalaman menangani kenaikan kos sara hidup dahulu," dakwa Dr Mahathir.

Sementara itu, beliau menyifatkan kadar tol lebuh raya di Malaysia masih murah, berbanding negara lain.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempertahankan pelaksanaan bayaran tol bagi membolehkan lebuh raya diselenggarakan. Perjanjian 'berat sebelah' dengan syarikat pelaksana lebuh raya di era Mahathir juga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang dalam tempoh yang panjang.  .

Kenyatan Dr. Mahathir itu juga bercanggah sama sekali dengan cakap beliau sebelum ini termasuk  pemimpin DAP dan PKR yang begitu megah mahu menghapuskan tol di seluruh negara jika parti  mereka memerintah..

Dr Mahathir juga memberi contoh bayaran tol di Jambatan Pulau Pinang hanya RM7 dua hala, dan tidak pernah dinaikkan sejak 1980-an, manakala bayaran melalui sebuah jambatan yang hampir sama di Jepun mencecah RM270 sehala.

"Dan yang baru ini juga RM7. Saya berpendapat walau ada yang mengeluh, agak terlalu tinggi kadar tol  ini, tetapi sebenarnya ini pergi balik kita bayar RM7, sedangkan jambatan lebih kurang sama di Jepun tetapi kadar tolnya lebih RM500.

Dahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah berjanji kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan sebaik dipilih menjadi kerajaan pada raya akan datang.

Namun ketika Dr. Mahathir mahu mengekalkan tol, kerajaan BN telah mengambil keputusan untuk memansuhkan beberapa jalan bertol pada tahun ini.

Benarlah Dr. Mahathir kini sudah lupa apa yang dicakapnya dahulu dan kini kembali menyetujui dan mempertahankan apa yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Najib.

Dr. Mahathir  kini sedang merasakan dirinya sebagai seorang perdana menteri kerajaan baharu Pakatan Harapan walaupun parti pimpinannya belum lagi mendapat pengiktirafan  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). -  Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com