Lelaki Lumur Najis Paksa Pesawat Ubah Haluan


ALASKA - Satu penerbangan milik syarikat United Airlines dari Chicago menuju ke Hong Kong terpaksa mengubah haluan ke Alaska selepas pesawat itu dicemari dengan najis manusia.

Ketua Polis Lapangan Terbang, Leftenan Joe Gamache berkata, pihaknya menerima laporan dari kru pesawat berhubung tindakan seorang lelaki yang melakukan vandalism ke atas tandas kapal terbang berkenaan.

"Kami diberitahu lelaki itu yang juga salah seorang penumpang melumur keseluruhan tandas dengan najisnya sendiri," katanya.

Penumpang itu, pemastautin tetap Amerika Syarikat yang memegang pasport Vietnam diiring keluar dari pesawat terbabit dalam keadaan bergari sebelum ditahan pihak berkuasa di bangunan terminal.

Gamache berkata, lelaki berusia 22 tahun itu dibawa ke Hospital Anchorage selepas soal siasat dengan bantuan jurubahasa untuk menjalani pemeriksaan mental.

"Dia tidak melakukan sebarang kekerasan atau cuba mengancam kru pesawat dan tiada sebarang dakwaan dibuat setakat ini," katanya.

Pihak United Airlines ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua 245 penumpang penerbangan berkenaan diberikan penginapan percuma susulan kejadian. - Reuters

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com