Lelaki Lemas Jatuh Tali Air Di Alor Janggus


ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas di dalam tali air di Kampung Kubang Siam, dekat Alor Janggus, di sini, pagi tadi.

Mayat Seow Lim Keong, 47, ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi oleh penduduk kampung, yang ternampak mangsa bersama motosikalnya dalam tali air berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Zulkiflee Mat Esa, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.29 pagi dan sepasukan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.


Beliau berkata, operasi disertai lima anggota dengan sebuah jentera dan tiga anggota dari Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Alor Setar.

"Setibanya di lokasi, didapati mayat mangsa yang masih berpakaian lengkap itu berada di tengah tali air yang ber kedalaman kira-kira satu meter.

"Mayat mangsa dan motosikalnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com