Lelaki Ke-12 Jejak Kaki Ke Bulan Meninggal Dunia


ANGKASAWAN warga Amerika Syarikat (AS), John Young, yang pernah menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Pada 1972, bekas juruterbang pandu uji tentera laut AS itu menjadi orang ke-12 yang pernah ke bulan.

"Kami berdukacita di atas pemergian angkasawan John Young," menurut Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) dalam satu kenyataan di laman sosial Twitter pada Sabtu.

Young menjadi salah seorang angkasawan paling berjaya dalam sejarah program angkasa AS.

Beliau terbang ke angkasa dua kali semasa program Gemini Nasa pada 1960-an, dua kali pada misi bulan Apollo dan dua kali ke angkasa lepas pada tahun 1980-an.

Beliau bersara pada tahun 2004 selepas berkhidmat selama 42 tahun dengan agensi angkasa AS. 

Sumber: Mail Online


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com