Lelaki Cedera Terjatuh Longkang Semasa Tonton Bola Kedah Lawan P.Pinang


SEORANG lelaki berusia 30-an cedera selepas terjatuh ke dalam longkang besar sedalam lima meter di Stadium Negeri, Batu Kawan malam semalam.

Kejadian pada 9.30 malam itu berlaku sejurus tamat separuh masa pertama perlawanan persahabatan bola sepak pra musim antara Pulau Pinang dan Kedah.

Sumber berkata, semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan bersandar di tepi pagar besi di tempat duduk penyokong sambil sebelah kakinya dipercayai memijak besi pagar.

Menurutnya, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air dalam keadaan terlentang selepas dipercayai tergelincir.

"Mangsa diberikan bantuan kecemasan oleh pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak pengurusan stadium.

"Usaha untuk menarik mangsa keluar mengalami kesukaran kerana longkang dipenuhi air dan pihak APM terpaksa mengambil masa hampir 15 minit.

"Mangsa kemudian dibawa ke HospitalSungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

 Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com