"Lekat Ka, Tak Lekat Ka, Tunggu Saya Umum Secara Rasmi" - Ahmad Bashah


Penyebaran senarai nama calon Barisan Nasional negeri Kedah yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke 14 menerusi media sosial bukanlah pertama kali.

Sejak tahun lalu lagi senarai itu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial seperti Facebook.

Baru-baru ini senarai nama calon  itu disebarkan lagi kepada umum.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan jika rakyat hendak tahu secara rasmi tunggulah sahaja pengumuman yang akan beliau buat secara rasmi bila hampir pilihan raya nanti.

"Ada yang kata EXCO ini tidak lekat (terpilih), orang ini tidak lekat. Lekat ka... tak lekat ka... tunggu kita umum nanti,” katanya kepada BNBBC.my portal semalam.

Menurutnya, rakyat tidak perlu percaya atau melayan senarai nama calon yang ditularkan itu dan ia bukan kali pertama berlaku.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, tujuan viral senarai calon  hanya BN itu untuk melaga-lagakan dan mahu menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

“Kita akan umum di hadapan media, bukan melalui media sosial,  tidak perlulah sebar seperti ini,” katanya ketika dihubungi oleh portal berkenaan.

Mesej berkenaan antara lain menyenaraikan nama mereka yang dikatakan bakal calon BN di 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dalam mesej tersebut ada di antara Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada dgugurkan sementara beberapa nama baru ditonjolkan.

Selain itu terdapat pula ADUN akan bertukar ke Parlimen pada PRU14 ini.- Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com