Lebih Banyak Kerusi Kosong Daripada Tetamu?


"Lebih kerusi dari orang yang datang."Itulah gambaran yang terjadi kepada program Pakatan Harapan di Baling Jumaat lepas.

Keadaan yang sama berlaku di Pendang sebelum ini, orang ramai 'angkat kaki'untuk bila Datuk Seri Mukhriz  Mahathir mula berucap.

"Masa dia (Mukhriz) jadi menteri besar pun, dia tak pernah datang sini (Baling) . Jadi kenapa sekarang baru nak munculkan diri?

Jika dia ingat  setakat buat 'walkabout' di Baling mampu meraih undi, saya harap dia fikir 10 kali dahulu. Jangan sampai malukan diri sendiri, " kata ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd Noor Mohd Amin.

Beliau menegaskan tiada ruang dan peluang kepada mana-mana parti yang mengamalkan politik bermusim untuk bertapak di Parlimen Baling.

PPBM dikatakan berhasrat untuk bertanding di Palimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi menentang BN dan PAS.

Mukhriz perlu sedar, BN dan PAS lebih berpengaruh  daripada PPBM atau Pakatan Harapan di Baling. PAS pernah menawan Baling tetapi berjaya diambil semula oleh Barisan Nasional.  

Mohd Noor berkata PPBM tidak diterima penduduk Parlimen dan ia dapat dilihat apabila program Mukhriz lebih kerusi daripada orang yang datang.


Ini berbeza dengan kepimpinan sedia ada di bawah Ketua UMNO Bahagian dan Ahli  Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang mengamalkan politik tanpa bermusim.

Pakatan Harapan dan Mukhriz akan disihkan oleh penduduk  Baling apatah lagi apabila memberitahu mereka Jumaaat lalu bahawa malu untuk mengaku rakyat Malaysia ketika berada di luar negeri. 

Apa yang diucapkan oleh Mukhriz itu mendedahkan dirinya bahawa beliau tidak layak lagi untuk menjadi pemimpin masa depan di Kedah atau Malaysia -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com