Langkah Inisiatif JPS Kedah Kurang Risiko Banjir


ALOR SETAR – Satu inisiatif baharu Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan dilaksanakan dalam usaha mengurangkan risiko dinaiki air sekaligus mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan Keranji dan sekitarnya.

Menurut Jurutera Daerah Kuala Muda, Sik dan Baling (JPS), Nur Rozaini Abdullah berkata, pihaknya akan meninggikan pintu dan membuka sedikit laluan di pembentung agar mampu melancarkan pengaliran air ke kawasan kolam takungan.

Tambahnya, tindakan berkenaan diharapkan mampu mengurangkan risiko banjir terhadap penduduk Taman Keranji yang sering ditimpa masalah sama setiap kali hujan.

“Hasil daripada perbincangan kita hari ni, kita dah buat lawatan tapak, JPS akan tinggikan pintu dan buka sedikit untuk beri laluan supaya air tak takung lama di situ.

“Jadi setiap kali hujan, kita nak elak air melimpah ke kawasan taman berdekatan,” katanya memetik Sinar Online. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com