Laksana Projek Pembangunan Dirancang, Perhebat Bantuan Kepada Rakyat Fokus 2018 - MB Kedah


ALOR SETAR - Kedah akan memberi fokus utama tahun ini bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang dirancang dalam Bajet 2018 selain memperhebatkan bantuan kepada rakyat, terutama golongan sasar.
Kerajaan yakin menerusi dasar yang mudah itu akan memberikan kesan yang cepat dan menyeluruh kepada seluruh  rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tahun ini akan dijadikan tahun 'peduli rakyat' dengan pelbagai bantuan kepada rakyat seperti Skim Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) diperhebat.

"Kita telah memperkenalkan bantuan persekolahan RM100 kepada 30,000 murid Tahun Satu sementara tuisyen Barakah secara percumadi perluas," dalam amanat tahun baharunya di Wisma Darulaman, Alor Setar semalam.

 Menurut Ahmad Bashah, pembangunan bandar bebas cukai di Bukit Kayu Hitam seluas 12,000 hektar serta menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bernilai RM89 juta dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama akan turut diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri.

Selain itu, kata beliau  kerajaan negeri juga mengorak langkah merangka ekonomi baharu antaranya mewujudkan hab logistik pelabuhan darat dan membangunkan secara menyeluruh Kedah Rubber City Fasa 1 dengan menawarkan 15,000 peluang pekerjaan pelbagai jawatan serta mengukuhkan identiti pembangunan daerah mengikut kekuatan setempat.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan terus menambahkan baik sistem bekalan air kepada rakyat  dengan  menaik taraf lima loji rawatan air bernilai RM1 bilion, memberi air percuma kepada 221,000 pengguna khususnyta di kawasan luar bandar di bawah paras 20 meter kiub, ujar Ahmad Bashah.-Kedanews.com.
.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com